Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Komited untuk memberikan sepenuh komitmen dan usaha dalam memastikan perancangan pentadbiran negara di bawah kerajaan perpaduan ini berjalan dengan lancar.<br /><br />Katanya, beliau akan memastikan setiap usaha dan inisiatif yang diambil menerusi portfolio baharu beliau sebagai Menteri Kerja Raya memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
